22 sertai Bengkel Murattal Al-Quran

22 sertai Bengkel Murattal Al-Quran

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Bengkel Murattal Al-Quran bagi Guru Besar dan Penolong Guru Besar Kawasan Brunei IIB diadakan baru-baru ini selama tiga hari di Bilik Kuliah Mau’izzah, Pusat Dakwah Islamiah di Berakas.

Seramai 22 orang peserta mengambil bahagian dalam bengkel tersebut membabitkan 18 orang guru-guru besar IIB dan empat orang penolong guru-guru besar IIB.

Bengkel yang berlangsung pada 25-27 Mei 2015 tersebut dikendalikan Ketua Unit Tilawah Al-Quran dan Dikir, Jabatan pengajian Islam, Kementerian Hal-Ehwal Ugama, Pengiran Hajah Salbiah binti Pengiran Haji Mohd Salleh.

Objektif bengkel itu diadakan adalah untuk menghalusi bacaan Al-Quran, menghalusi dan mendalami hukum-hukum tajwid, mengenal lagu-lagu yang mudah dibawa dan meningkatkan kemahiran pembacaan Al-Quran secara Murattal dan Bertajwid.

Antara guru lelaki yang menghadiri bengkel tersebut, kelmarin.
Antara guru lelaki yang menghadiri bengkel tersebut, kelmarin.

Selain itu ia juga bagi memantapkan lagi bacaan pegawai-pegawai dan guru-guru secara Murattal dengan lagu Nahawand, meningkatkan keyakinan diri guru-guru besar khasnya dalam pembacaan Al-Quran di majlis-majlis tertentu seperti Tadarus Bulan Ramadan di Istana Nurul Iman dan Balai Penghadapan Bukit Kayangan serta sebagai “role model” atau teladan kepada pegawai-pegawai dan guru-guru di bawah kawalan guru-guru Besar.

ARTIKEL YANG SAMA