225 jemaah Indonesia dilapor hilang

225 jemaah Indonesia dilapor hilang

JAKARTA, Indonesia 27 Sept (NNN) – Sekurang-kurangnya 225 jemaah haji Indonesia dilaporkan hilang selepas kejadian rempuhan semasa upacara perarakan haji di Arab Saudi yang meragut nyawa lebih daripada 700 jemaah pada Khamis.

Pasukan Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia (PPIH) yang ditugaskan untuk menyelia dan menguruskan warga jemaah jemaah Indonesia di Arab Saudi secara rasmi mengeluarkan jemaah haji negara tersebut yang hilang adalah jemaah yang berlepas dari Batam, Surabaya dan dari ibu kota Jakarta.

Kehilangan jemaah haji berkenaan dilaporkan oleh ketua-ketua haji bahawa mereka tidak kembali ke khemah mereka selepas kejadian itu berlaku.

Indonesia sebelum ini melaporkan tiga jemaah telah terbunuh dalam rempuhan yang berlaku pada Khamis tengah hari apabila sekitar 2 juta jemaah haji dari seluruh dunia bergelut untuk melalui laluan yang membawa kepada bangunan Jamarat, di mana mereka telah diwajibkan untuk menjalankan upacara “melontar Jamrah”.

ARTIKEL YANG SAMA