227 pelajar SSMS diraikan

227 pelajar SSMS diraikan

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Sekolah Seri Mulia Sarjana (SSMS) telah meraikan seramai 227 pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka dalam Majlis Penyampaian Sijil dan Penganugerahan kali ke-25 hari ini, di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Dekan Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam, Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif SSMS dan Sekolah Antarabangsa Seri Mulia Sarjana, Dr. Mary Lim, dan Pengarah-pengarah SSMS, Sophia Lim dan Leonard Lim.

Tetamu kehormat ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar SMSS yang menamatkan pengajian mereka.
Tetamu kehormat ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar SMSS yang menamatkan pengajian mereka.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pemangku Pengetua bagi Bahagian Pra Sekolah dan Rendah SSMS, Putri Maharani Simajuntak dan disusuli dengan ucapan daripada tetamu kehormat.

Selain penyerahan sijil, majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan tarian dan nyanyian daripada murid-murid dari sekolah tadika, sekolah rendah dan Sekolah Antarabangsa Seri Mulia Sarjana.

Pada majlis itu, logo baru sekolah berkenaan bersempena dengan ulang tahunnya kali ke-25 juga telah dilancarkan.

ARTIKEL YANG SAMA