23 ahli pengawasan kejiranan dilantik

23 ahli pengawasan kejiranan dilantik

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 27 Mei – Seramai 23 orang penduduk Kampung Telisai, semalam, telah menerima surat lantikan sebagai ahli pengawasan kejiranan dalam majlis yang diadakan di kawasan luar Masjid Kampung Telisai, Tutong.

Hadir menyerahkan surat lantikan itu ialah Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, Supt Haji Chipli bin Haji Mohammad.

Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Ramli bin Haji Lahit dan Ketua Kampung Telisai, Awang Maidin bin Abdul Wahid.

Sebelum penyampaian surat lantikan, majlis dimulakan dengan taklimat mengenai Pengawasan Kejiranan dan Kesedaran Jenayah yang disampaikan oleh anggota Daerah Polis Tutong, Cpl 4174 Iffah Azzahra Abdullah Yong dan Cpl 4899 Noraziah binti Kunchil.

Supt Haji Chipli menyampaikan surat lantikan kepada salah seorang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Telisai.
Supt Haji Chipli menyampaikan surat lantikan kepada salah seorang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Telisai.
Antara yang hadir pada majlis penyerahan surat lantikan di kawasan Masjid Kampung Telisai.
Antara yang hadir pada majlis penyerahan surat lantikan di kawasan Masjid Kampung Telisai.

Setakat ini, seramai 334 orang ahli pengawasan kejiranan dari 18 buah Kampung di Daerah Tutong telah dicatatkan oleh Daerah Polis Tutong yang mana ahli-ahli tersebut mempunyai tanggungjawab dalam menjaga keselamatan, keamanan dan kesejahteraan kawasan kampung.

Selain itu, ahli-ahli juga berperanan terlibat bekerjasama dengan Pasukan Polis Diraja Brunei dalam melaksanakan operasi sepadu dengan beberapa buah agensi kerajaan bagi mencegah kegiatan jenayah di kampung di samping membuat kerja-kerja kebajikan dalam membantu penduduk kampung.