23 ahli PFNBD sertai ibadah korban

23 ahli PFNBD sertai ibadah korban

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Sept – Pertubuhan Fotografi Negara Brunei Darussalam (PFNBD), hari ini, turut mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi ahli-ahlinya dan keluarga mereka.

Majlis pengagihan daging-daging korban berkenaan telah diadakan di kediaman Naib Yang Di-Pertua PFNBD, Awang Jinnidi bin Haji Mahal di Kampung Kapok dan hadir selaku tetamu kehormat sekali gus menyempurnakan pengagihan ialah Ketua Kampung Kapok, Haji Marali bin Haji Ahmad.

Daging-daging korban diagihkan kepada 23 peserta majlis korban berkenaan, mereka yang berhak menerimanya serta penduduk kampung yang terpilih.

Ini merupakan kali kedua PFNBD mengadakan majlis seumpamanya setelah kejayaan pada tahun lalu.

Antara penerima daging-daging korban anjuran PFNBD itu.
Antara penerima daging-daging korban anjuran PFNBD itu.
Tetamu Kehormat (Empat dari kiri) ketika menghadiri majlis itu.
Tetamu Kehormat (Empat dari kiri) ketika menghadiri majlis itu.

Menurut PFNBD, antara objektif majlis itu adalah untuk mengeratkan ukhuwah persaudaraan sesama ahli dan menyemarakkan lagi suasana Hari Raya Aidiladha 1436 Hijrah.

PFNBD, dalam kenyataannya, juga menyatakan bahawa selaku badan bukan kerajaan, mereka komited untuk bersama-sama menyumbangkan khidmat kepada masyarakat melalui acara seperti yang diadakan itu di masa akan datang.

Tahun ini, sebanyak tiga ekor kerbau disembelih dengan disertai 15 orang ahli berserta keluarga.

ARTIKEL YANG SAMA