23 ahli PGGMB terima sumbangan

23 ahli PGGMB terima sumbangan

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Dalam usaha meningkatkan kebajikan dan membantu meringankan beban kewangan ahli-ahlinya, Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) baru-baru ini menghulurkan derma wang tunai kepada 23 ahlinya di Ibu Pejabat PGGMB, di ibu negara.

Derma itu disampaikan oleh Timbalan Yang Di-Pertua PGGMB, Haji Badar bin Haji Ali. Turut hadir di majlis itu ialah ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Tadbir PGGMB. Majlis turut diisi dengan majlis bertahlil dan Doa Arwah diketuai oleh Setiausaha Bahagian Agama PGGMB, Haji Khalidon bin Haji Mohd Salleh.

Selain mengurangkan bebanan kewangan ahli, ia juga bertujuan meningkatkan kesejahteraan ahli-ahli, selain mengeratkan tali silaturahim antara keluarga ahli PGGMB dengan ahli-ahli jawatankuasa tertingginya.

Acara bulanan itu dikendalikan oleh Bahagian Kebajikan dengan kerjasama Bahagian Agama dan Wanita PGGMB.

Salah seorang penerima sumbangan derma kebajikan yang disampaikan oleh Timbalan Yang Di-Pertua PGGMB.
Salah seorang penerima sumbangan derma kebajikan yang disampaikan oleh Timbalan Yang Di-Pertua PGGMB.

ARTIKEL YANG SAMA