23 anak yatim terima sumbangan

23 anak yatim terima sumbangan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei – Seramai 23 orang anak yatim Kampung Belimbing dan Kampung Subok hari ini menerima sumbangan derma pada Majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampung yang diadakan di Masjid Kampung Belimbing.

Hadir menyampaikan derma ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Muhammad Sunadi bin Haji Buntar.

Sebelum penyampaian derma anak-anak yatim, Tahlil dan Doa Arwah telah dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pengiran Haji Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar yang juga selaku Ketua Imam Masjid Kampung Belimbing.

Majlis kemudian diteruskan dengan pengagihan buah kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada penduduk-penduduk di Kampung Belimbing dan Subok.

Haji Muhammad Sunadi menerima cenderahati.
Haji Muhammad Sunadi menerima cenderahati.

Majlis antara lain bertujuan mengeratkan perpaduan dan mengukuhkan semangat kekitaan melalui penyertaan dan komitmen penduduk kampung dalam menyokong dan melaksanakan rancangan yang berfaedah.

Di samping itu, ia juga untuk membudayakan kegiatan yang diamalkan oleh penduduk Kampung Belimbing sejak sekian lama bagi mengenang dan mendoakan ahli keluarga yang telah kembali ke rahmatullah.

ARTIKEL YANG SAMA