23 menang hadiah

23 menang hadiah

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Pusat Membeli-belah Times Square, hari ini, telah mengendalikan Majlis Penyampaian Hadiah ke-3 bagi kempen cabutan bertuah keenam yang berlangsung di pusat membeli-belah tersebut, di sini, petang ini.

Dalam majlis itu, seramai 23 orang pelanggan bertuah membawa pulang pelbagai hadiah termasuk baucar-baucar Hotel Parkview dan Hotel Starlodge, baucar makanan dari Pastamania, Coffee Bean dan Shabu-Shabu, produk-produk kecantikan serta barangan gajet.

Hadiah utama berupa V3 Max telah dimenangi oleh Awang Muhd Aril Fadzli, manakala itu, Dayang Aisah Bondak memenangi siri Malm daripada U-Home Gallery dan Lourdes Aitibarwho membawa pulang Samsung Galaxy A3.

Lima belas hadiah pertama telah disampaikan oleh Pengurus Pemasaran Times Square, Lim Yee Liang manakala lapan pemenang bertuah lain dipilih oleh Pengurus Besar Times Square, Dayang Amal Majidah binti Haji Suhaili.

Dayang Amal Majidah menyampaikan hadiah utama kepada Awang Muhd Aril Fadzli.
Dayang Amal Majidah menyampaikan hadiah utama kepada Awang Muhd Aril Fadzli.
Dayang Aisah memenangi hadiah kedua yang disampaikan oleh Dayang Amal Majidah.
Dayang Aisah memenangi hadiah kedua yang disampaikan oleh Dayang Amal Majidah.
Hadiah ketiga dimenangi oleh Lourdes Aitibarwho.
Hadiah ketiga dimenangi oleh Lourdes Aitibarwho.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Membeli-belah Times Square, kempen cabutan bertuah ke-6 ini akan diteruskan dengan suku terakhirnya dan penyampaian hadiah seterusnya akan diadakan pada 13 November 2016.

Para pelanggan masih berpeluang untuk memenangi hadiah dalam kempen ini hanya dengan membeli-belah di mana-mana kedai di Times Square, Hotel Times dan Cineplex dan hantarkan resit pembelian di kaunter cabutan bertuah di aras bawah.

Dalam pada itu, Times Square turut memaklumkan bahawa mereka juga akan mengadakan beberapa acara dalam masa terdekat termasuklah Family Time Out pada 19 hingga 21 Ogos dan ekspo 1K1P pada 26 hingga 28 Ogos 2016.

ARTIKEL YANG SAMA