23 pelanggan bertuah bawa pulang hadiah menarik

23 pelanggan bertuah bawa pulang hadiah menarik

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Seramai 23 orang pelanggan bertuah, hari ini, telah membawa pulang hadiah menarik sempena kempen cabutan hadiah bertuah Hari Raya Aidilfitri 2016 yang berlangsung dari 15 Mei hingga 15 Ogos lalu bagi pelanggan yang membeli produk-produk edaran AIFA Sdn Bhd.

Antara pelanggan bertuah itu ialah Maria Ginic, Dayang Junaidah binti Mohd Yassin, Dayang Siti Sarah binti Tamin, Awang Muhammad Hadi Hamizan bin Mohd Yusof, Dayang Sarinah binti Haji Othman, Haji Ismail bin Haji Durahim, Awang Mohd Hisham, Pengiran Haji Bakar bin Pengiran Haji Sulaiman, Hajah Sauyah binti Bahari, A.D Yong, Haji Ahmad Dollah, Haji Ismail bin Haji Kula, Awang Mohamed Azri bin Mohamad Yahya, Dayang Norazlinda binti Haji Mohammad, Dayang Siti Marziana binti Haji Sapar, Dayang Nor Hafaridadiana binti Haji Jambol, Hajah Noraini binti Haji Saidi, Dayangku Siti Azimah, Dayang Saadah binti Haji Duraman, Awang Abas bin Haji Basman, Suthin Asana, Dayang Kamsiah binti Haji Bungsu dan Pengiran Mohd Amdeli bin Pengiran Haji Damit.

Pemenang utama telah membawa pulang hadiah berupa TV LED AIFA 55″, mikrofon tanpa wayar dan TV box Android, manakala itu pemenang tempat kedua menerima TV LED LG 55″ dan hadiah pakej peralatan dapur telah dibawa pulang oleh pemenang ketiga.

Para pelanggan bertuah ketika menerima hadiah di Premis AIFA Sdn Bhd.
Para pelanggan bertuah ketika menerima hadiah di Premis AIFA Sdn Bhd.
Salah seorang pemenang yang membawa pulang hadiah bagi kempen cabutan bertuah anjuran AIFA Sdn Bhd.
Salah seorang pemenang yang membawa pulang hadiah bagi kempen cabutan bertuah anjuran AIFA Sdn Bhd.

Majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Premis AIFA Sdn Bhd, Perindustrian Lambak Kiri telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan AIFA Sdn Bhd, Dr. Lau Sie Chuong.

Dr. Lau Sie Chuong dalam ucapannya, berkata, bahawa produk-produk yang diedarkan oleh AIFA sekarang mempunyai harga berpatutan mengikut trend ekonomi yang sedang perlahan terutama daripada industri minyak dan gas.

Menurutnya lagi, walaupun beberapa produk mengalami penurunan harga tetapi kualitinya tetap dikekalkan.

“Selain memberikan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami, perkhidmatan juga akan dipertingkatkan secara teliti dan adanya keperluan untuk mempelajari lagi strategi pasaran di negara ini,” ujarnya.

ARTIKEL YANG SAMA