23 pelanggan bertuah NBT dipilih

23 pelanggan bertuah NBT dipilih

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Syarikat NBT (B), petang tadi, telah mengumumkan 23 nama pemenang dalam promosi ‘Khidmat dan Menang’ (service and win) yang berjalan dari 1 Jun hingga 12 Julai lalu.

Pengumuman itu dibuat semasa majlis cabutan pemenang promosi tersebut yang telah mendapat sambutan menggalakkan, yang berlangsung di Pusat Perkhidmatan NBT (B) Sdn Bhd, Gadong.

Dengan hanya membuat pembayaran melebihi $40 keatas, para pemenang yang terpilih menerima hadiah berupa baucar membeli-belah Hua Ho bernilai $100.

Daripada 23 pemenang itu, Awang Mohd Hafiz bin Mohd Shshkuryo memenangi hadiah utama berupa iPhone 6 Plus, Lim Jing Wen menang Sony Smart TV 50 inci dan Hajah Simpur bin Matyasin memenangi Ssofa kulit bernilai $3,000.

Kesemua cabutan disempurnakan oleh pengurus-pengurus cawangan NBT di seluruh negara dan Pengurus Besar Selepas Jualan, Tadeo Gonzalez bagi cabutan utama.

Pengurus Besar Selepas Jualan NBT, Tadeo Gonzalez membuat cabutan bagi pemenang utama promosi tersebut.
Pengurus Besar Selepas Jualan NBT, Tadeo Gonzalez membuat cabutan bagi pemenang utama promosi tersebut.
Sesi bergambar ramai bersama Pengurus-pengurus cawangan NBT (B) di negara ini.
Sesi bergambar ramai bersama Pengurus-pengurus cawangan NBT (B) di negara ini.