23 terpilih promosi Raya AIFA

23 terpilih promosi Raya AIFA

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Seramai 23 orang pelanggan bertuah telah dipilih daripada 26 ribu penyertaan dalam promosi Hari Raya AIFA, untuk memenangi hadiah-hadiah menarik pada majlis penyampaian yang akan diadakan pada 16 September depan di Premis AIFA Sdn Bhd, Perindustrian Lambak Kiri.

Mereka ialah Maria Ginic, Dayang Junaidah binti Mohd Yassin, Dayang Siti Sarah binti Tamin, Awang Muhammad Hadi Hamizan bin Mohd Yusof, Dayang Sarinah binti Haji Othman, Haji Ismail bin Haji Durahim, Awang Mohd Hisham, Pengiran Haji Bakar bin Pengiran Haji Sulaiman, Hajah Sauyah binti Bahari, A.D Yong, Haji Ahmad Dollah, Haji Ismail bin Haji Kula, Awang Mohamed Azri bin Mohamad Yahya, Dayang Norazlinda binti Haji Mohammad, Dayang Siti Marziana binti Haji Sapar, Dayang Nor Hafaridadiana binti Haji Jambol, Hajah Noraini binti Haji Saidi, Dayangku Siti Azimah, Dayang Saadah binti Haji Duraman, Awang Abas bin Haji Basman, Suthin Asana, Dayang Kamsiah binti Haji Bungsu dan Pengiran Mohd Amdeli bin Pengiran Haji Damit.

Cabutan bagi memilih para pelanggan bertuah berkenaan telah diadakan petang tadi dalam majlis yang berlangsung di Restoran Stadium, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, dengan cabutan dibuat oleh Dato Paduka Haji Mohd Yussof bin Bakar bersama Pengarah Urusan AIFA Sdn Bhd, Dr. Lau Sie Chuong.

Dato Paduka Haji Mohd Yussof bersama Dr. Lau Sie Chuong menyempurnakan cabutan undian 23 pemenang daripada 26 ribu penyertaan.
Dato Paduka Haji Mohd Yussof bersama Dr. Lau Sie Chuong menyempurnakan cabutan undian 23 pemenang daripada 26 ribu penyertaan.
Pengarah Urusan AIFA Sdn Bhd menyampaikan ucapan alu-aluannya.
Pengarah Urusan AIFA Sdn Bhd menyampaikan ucapan alu-aluannya.

Dalam ucapannya di majlis itu, Dr. Lau Sie Chuong berkata bahawa produk-produk yang diedarkan oleh AIFA sekarang mempunyai harga berpatutan mengikut trend ekonomi yang sedang perlahan terutama daripada industri minyak dan gas.

Menurutnya, walaupun beberapa produk diturunkan harga tetapi kualiti masih dikekalkan.

“Selain memberikan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami, perkhidmatan juga akan dipertingkatkan dan secara teliti perlu untuk mempelajari lagi strategi pasaran di negara ini,” ujarnya.

Dalam promosi yang berjalan dari 15 Mei hingga 15 Ogos itu, pelanggan yang membeli produk-produk yang diedarkan oleh AIFA Sdn Bhd layak menerima kupon bagi menyertai cabutan bertuah.

Pemenang utama akan menerima hadiah berupa TV LED AIFA 55”, mikrofon tanpa wayar dan TV box Android, manakala itu pemenang tempat kedua akan menerima TV LED LG 55” dan pemenang ketiga akan memenangi hadiah pakej peralatan dapur.

ARTIKEL YANG SAMA