231 kes kesalahan lalu lintas direkodkan

231 kes kesalahan lalu lintas direkodkan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Sebanyak 231 kes direkodkan bagi pelbagai kesalahan lalu lintas dan kemalangan jalan raya sepanjang minggu kedua bulan Mei ini.

Menurut kenyataan yang keluarkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei hari ini, Jabatan Siasatan Keselamatan Lalu Lintas (JSKLL) Gadong merekodkan sebanyak 223 kes manakala Cawangan JSKLL Batu 3, Belait pula merekodkan sebanyak 8 kes. Manakala itu sebanyak 68 kes kemalangan jalan raya telah direkodkan sepanjang tempoh berkenaan.

Sehubungan itu, para pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan jalan raya dan mengamalkan sikap pemanduan yang berhemah demi sama-sama menjaga keselamatan semua ketika di jalan raya.

ARTIKEL YANG SAMA