235 kes dalam minggu pertama Julai

235 kes dalam minggu pertama Julai

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Julai – Sebanyak 235 kes pelbagai kesalahan lalu lintas telah dicatatkan oleh Jabatan Siasatan dan Lalu Lintas (JSKLL), Pasukan Polis Diraja Brunei melalui beberapa operasi dan rondaan penguatkuasaan lalu lintas dalam minggu pertama bulan Julai.

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 114 kes direkodkan oleh JSKLL Gadong, dan 121 kes oleh JSKLL Cawangan Batu 3, Belait, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei, hari ini.

Kesalahan paling tinggi yang dicatatkan adalah memandu melebihi had laju yang ditetapkan iaitu sebanyak 88 kes, diikuti dengan cukai jalan mansuh sebanyak 34 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 50 kes kemalangan jalan raya juga telah dilaporkan dalam minggu pertama bulan ini, dengan 21 kes dicatatkan di Daerah Brunei dan Muara, empat di Daerah Tutong, dan lima lagi di Daerah Belait, manakala itu tiada kemalangan dilaporkan di Daerah Temburong dalam tempoh berkenaan.

Pasukan Polis Diraja Brunei, dalam kenyataannya sekali lagi menekankan kepada para pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas di negara ini, di samping itu, sentiasa meningkatkan keselamatan serta berhati-hati ketika berada di jalan raya terutamanya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya akan memandu dengan berhati-hati dan berwaspada serta mematuhi peraturan lalu lintas yang dikuatkuasakan bagi memastikan kemalangan dapat dielakkan.

ARTIKEL YANG SAMA