235 orang dikurnia Bintang Kebesaran

235 orang dikurnia Bintang Kebesaran

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan menyempurnakan Pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Baginda ke-70 tahun, di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman.

Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik.

Pada majlis berkenaan, seramai 235 orang menerima Bintang Kebesaran, dengan 42 daripadanya menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B), tujuh menerima Bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Keempat (S.U.B), 169 orang menerima Bintang Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Keempat (P.S.B), dan seramai 17 orang menerima Bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Kelima (P.U.B).

Keberangkatan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berserta kerabat diraja yang lain.
Keberangkatan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berserta kerabat diraja yang lain.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran kepada salah seorang penerima.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran kepada salah seorang penerima.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia semasa berkenan mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran kepada para penerima.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia semasa berkenan mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran kepada para penerima.

pg08_160805_c

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan Bintang Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B) kepada para penerima.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan Bintang Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B) kepada para penerima.
DYTM Pengiran Muda Mahkota dan DYTM Pengiran Digadong semasa berangkat ke majlis itu.
DYTM Pengiran Muda Mahkota dan DYTM Pengiran Digadong semasa berangkat ke majlis itu.
DYTM Pengiran Perdana Wazir dan YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik semasa berangkat ke Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam tersebut.
DYTM Pengiran Perdana Wazir dan YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik semasa berangkat ke Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam tersebut.

Para penerima pingat berkenaan terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan iaitu dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pembangunan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, dan juga dari sektor swasta.

Turut menerima ialah anakanda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam, Penguasa Polis Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohd Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris yang telah menerima Bintang Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Keempat.

Antara yang menerima Bintang Kebesaran kelmarin.
Antara yang menerima Bintang Kebesaran kelmarin.

Majlis kemudiannya ditutup dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Turut berangkat dan hadir pada majlis istiadat berkenaan ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Diraja, para Menteri Kabinet, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, timbalan-timbalan menteri, pengiran-pengiran peranakan, Pehin Manteri, Manteri Hulubalang dan Manteri Pedalaman, duta-duta dan pesuruhjaya tinggi, setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung serta para pegawai kanan kerajaan.