24 anggota polis mulakan cabaran silat

24 anggota polis mulakan cabaran silat

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov – Seramai 24 peserta memulakan cabaran masing-masing dalam Pertandingan Pencak Silat Antara Cawangan-cawangan Pasukan Polis Diraja Brunei 2016 yang diadakan di Kompleks Sukan Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis, Gadong, di sini, hari ini.

Hadir merasmikan pertandingan berkenaan Pengarah Logistik, Polis Diraja Brunei, Snr Supt Husaini bin Haji Matzain.

Sembilan kategori telah dipertandingkan dalam kejohanan tersebut dan dua daripada kategori berkenaan melibatkan pesilat wanita dan semua penyertaan dibahagikan kepada kategori mengikut berat badan masing-masing.

Barisan peserta turut melaungkan Ikrar Pesilat dan Ikrar Wasit serta Juri sebelum diteruskan dengan ‘pembuka gelanggang’ dan persembahan Tunggal Lelaki daripada Persatuan Silat Brunei Darussalam.

Antara aksi dalam pertandingan itu.
Antara aksi dalam pertandingan itu.

ARTIKEL YANG SAMA