24 cedera dalam letupan kereta api

24 cedera dalam letupan kereta api

TAIPEI, 8 Julai – Sekurang-kurangnya 24 orang cedera dalam letupan kereta api di Bandar Taiwan pada lewat Khamis kelmarin, dalam satu insiden yang dinyatakan oleh Perdana Menteri di pulau itu sebagai ‘niat jahat’.

Letupan pada kira-kira 10 malam (1400 GMT) adalah disebabkan kebakaran kecil dan menjunamkan pengangkutan itu dalam kegelapan apabila kereta api itu bergerak ke stesen di Taipei.

“Ia kelihatan seperti seseorang melakukan ini dengan niat jahat dan kami sepenuhnya akan menyiasat kes ini,” Perdana Menteri Taiwan, Lin Chuan memberitahu kepada pemberita.

Media tempatan memetik saksi berkata bahawa mereka telah melihat seorang lelaki mengangkat objek hitam berbentuk segi empat ke kereta api.

Polis telah mengkaji rakaman pengawasan untuk mengenal pasti lelaki itu, tetapi berkata bahawa mereka tidak menerima sebarang ancaman sebelum kejadian itu.

Mangsa yang cedera dibantu oleh pasukan penyelamat kecemasan di luar balai selepas letupan kereta api penumpang di Taipei, Taiwan. - AP
Mangsa yang cedera dibantu oleh pasukan penyelamat kecemasan di luar balai selepas letupan kereta api penumpang di Taipei, Taiwan. – AP

Rakaman televisyen menunjukkan pekerja kecemasan merawat penumpang yang cedera di luar stesen kereta api,dan kebanyakan mereka mengalami luka akibat terbakar.

Gambar dari dalam gerabak kereta api itu menunjukkan kaca berkecai di atas lantai dan sebahagian daripada dinding berwarna hitam oleh kebakaran.

Kerajaan telah menubuhkan pasukan kecemasan untuk menyiasat punca kejadian dan sia-satan polis sedang dijalankan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA