24 maut bas dan kereta bertembung

24 maut bas dan kereta bertembung

PUEBLA, 24 Nov (AFP) – Sekurang-kurangnya 24 terbunuh, manakala 10 lagi cedera apabila sebuah bas bertembung dengan kereta sebelum terbakar di tengah Mexico, semalam.

Anggota penyiasat masih menjalankan operasi mencari kemungkinan lebih ramai mangsa terperangkap dalam kenderaan beberapa jam selepas nahas yang berlaku di Pekan Jalpan, di negeri Puebla.

Pegawai di pejabat pendakwa raya Puebla berkata, setakat ini 22 mayat sudah dikeluarkan dari bas dan dua mayat dari kereta terbabit.

“Ketika kejadian bas berkenaan penuh dengan penumpang.

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran yang membabitkan sebuah bas selepas bertembung dengan kereta di pekan Jalpan, Puebla. – AFP
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran yang membabitkan sebuah bas selepas bertembung dengan kereta di pekan Jalpan, Puebla. – AFP

“Hanya 10 orang berjaya keluar menyelamatkan diri menerusi tingkap selepas pintu bas tersekat oleh kenderaan lain,” kata pegawai terbabit.

Gabenor Negeri Veracruz yang bersempadan dengan Negeri Puebla, Javier Duarte, mengesahkan angka kematian.

Bas berkenaan dilaporkan dari Negeri Veracruz.