24 maut bom nekad di Kabul

24 maut bom nekad di Kabul

KABUL, 5 Sept – Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dan 91 cedera hari ini dalam pengeboman kembar berani mati Taliban di tengah Kabul lewat petang waktu puncak, yang merupakan serangan terbaru di ibu negara Afghanistan.

Pengeboman besar-besaran berhampiran Kementerian Pertahanan berlaku tatkala pejuang Taliban telah meningkatkan serangan musim panas di seluruh negara terhadap kerajaan yang disokong AS.

Kedua-dua pengebom berani mati itu berjalan kaki dan meletupkan diri mereka dalam masa yang singkat, dalam serangan yang bertujuan untuk mengenakan mangsa terhadap kakitangan kerajaan yang meninggalkan kementerian selepas kerja.

“Letupan pertama berlaku di atas jambatan berhampiran Kementerian Pertahanan. Apabila tentera, polis dan orang awam bergegas ke tempat kejadian, terdapat satu lagi letupan,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Mohammad Radmanish kepada AFP.

Jurucakap kesihatan kementerian Waheed Majroh berkata serangan itu mengakibatkan 24 orang terbunuh dan 91 yang lain cedera, sebahagian daripada mereka mengalami kecederaan serius.

Anggota keselamatan Afghan dan bomba ketika memindahkan mangsa dari tempat kejadian pengeboman berani mati berkembar berhampiran Kementerian Pertahanan di Kabul kelmarin. – AFP
Anggota keselamatan Afghan dan bomba ketika memindahkan mangsa dari tempat kejadian pengeboman berani mati berkembar berhampiran Kementerian Pertahanan di Kabul kelmarin. – AFP

“Mangsa masih boleh meningkat lagi,” kata Majroh.

Sebuah hospital di Kabul menulis dalam tweet bahawa setakat ini mereka telah menerima 21 mangsa yang cedera, empat daripada mereka meninggal dunia.

Presiden Ashraf Ghani mengutuk serangan itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Musuh-musuh Afghanistan tidak berkemampuan untuk melawan angkatan keselamatan dan pertahanan di negara ini,” kata Ghani dalam satu kenyataan.

“Sebab itu mereka menyerang lebuh raya, bandar-bandar, masjid, sekolah dan rakyat biasa.”

Jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid berkata di Twitter bahawa Kementerian Pertahanan adalah objek serangan pertama, manakala polis menjadi sasaran kedua.

Serangan itu berlaku lebih dari seminggu selepas 16 orang terbunuh apabila militan menyerbu Universiti Amerika Afghanistan di Kabul.

Letupan dan tembakan menggegarkan kampus dalam serangan itu, yang berlaku hanya beberapa seminggu selepas dua profesor universiti – seorang rakyat Amerika dan Australia – telah diculik berhampiran sekolah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA