24 murid SU Lambak Jalan Bedil dirai

24 murid SU Lambak Jalan Bedil dirai

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Majlis khatam Al-Quran juga telah diadakan di Sekolah Ugama (SU) Lambak Jalan Bedil, hari ini, bagi meraikan seramai 24 orang murid Darjah 6 sekolah berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Pengajian Islam, Jabatan Pengajian Islam, Awang Ahsanul Azmi bin Haji Serbini.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu khas majlis sebelum bacaan Surah Ad-Duha hingga Surah Al-Masad oleh murid-murid yang diraikan dan diikuti dengan bacaan Takhtim oleh murid-murid perempuan Darjah 4 dan 5 sekolah tersebut.

Kemudian, majlis diserikan dengan persembahan Dikir Asrakal oleh murid-murid lelaki Darjah 4 dan 5 yang diselajurkan dengan penyampaian sijil dan merenjis minyak wangi oleh tetamu kehormat majlis.

Murid-murid Darjah 6 Sekolah Ugama Lambak Jalan Bedil yang diraikan.
Murid-murid Darjah 6 Sekolah Ugama Lambak Jalan Bedil yang diraikan.

Antara tujuan majlis ini diadakan untuk menggalakkan murid-murid sentiasa mengamalkan pembacaan Al-Quran dengan betul dan lancar di samping memastikan murid-murid Darjah 6 telah dapat mengkhatamkan bacaan Al-Quran sebelum mereka menamatkan persekolahan agama Darjah 6.

Selain itu, ia juga mengeratkan kerjasama dan perpaduan antara ibu bapa, guru dan murid-murid dalam sama-sama mengendalikan majlis keagamaan di sekolah-sekolah.

ARTIKEL YANG SAMA