24 Muslimah khatam Al-Quran

24 Muslimah khatam Al-Quran

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Nov – Seramai 24 orang Muslimah dari Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Omar ‘Ali Saifuddien diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di masjid berkenaan hari ini.

Selain memakmurkan masjid dengan mengadakan majlis keagamaan, majlis berkenaan juga bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan dalam pembacaan dan menghayati ayat-ayat suci Al-Quran dengan lancar dan sempurna dan menggalakkan Muslimah agar sentiasa mengikuti kegiatan-kegiatan keagamaan dan yang berkebajikan.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pensyarah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Hajah Aisyah Radhiah binti Haji Abdul Ghani. Turut hadir ialah pegawai dan kakitangan wanita dari Jabatan Hal Ehwal Masjid serta para Muslimah masjid Daerah Brunei dan Muara serta penduduk kampung yang tinggal di sekitarnya.

Bacaan ayat-ayat suci oleh peserta khatam.
Bacaan ayat-ayat suci oleh peserta khatam.
Tetamu kehormat dan para jemputan khas yang hadir di majlis itu.
Tetamu kehormat dan para jemputan khas yang hadir di majlis itu.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diketuai oleh tetamu kehormat dan diikuti dengan bacaan surah-surah oleh para peserta khatam dan seterusnya bacaan takhtim yang diketuai oleh, Dayang Norhayati binti Haji Ibrahim.

Sementara bacaan doa khatam pula dipimpin oleh salah seorang peserta Dayang Mortini Suryanee binti Haji Shafiee. Manakala Dikir Marhaban beramai-ramai pula diketuai oleh Dayang Siti Rafieah binti Haji Merzuki.

ARTIKEL YANG SAMA