24 pegawai ABDB naik pangkat

24 pegawai ABDB naik pangkat

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Nov – Dengan Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), ABDB mengumumkan bahawa seramai 24 orang pegawai kanan ABDB telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan kenaikan pangkat berkenaan ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohammad Tawih bin Abdullah dengan majlis berlangsung di Mes Pegawai Bolkiah Garison, hari ini.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, ahli-ahli jawatankuasa eksekutif pertahanan, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB serta ahli-ahli keluarga pegawai-pegawai ABDB yang dinaikkan pangkat.

Di majlis berkenaan, kesemua 24 orang pegawai kanan ABDB telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Leftenan Kolonel / Komander.

Timbalan Menteri Pertahanan bersama tetamu yang lain hadir di majlis berkenaan.
Timbalan Menteri Pertahanan bersama tetamu yang lain hadir di majlis berkenaan.
Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai kanan ABDB yang dinaikkan pangkat.
Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai kanan ABDB yang dinaikkan pangkat.
Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih menyempurnakan kenaikan pangkat kepada Pemangku Leftenan Kolonel Haji Mohd Sheh.
Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih menyempurnakan kenaikan pangkat kepada Pemangku Leftenan Kolonel Haji Mohd Sheh.
Di antara pegawai-pegawai kanan ABDB yang dinaikkan pangkat di majlis itu.
Di antara pegawai-pegawai kanan ABDB yang dinaikkan pangkat di majlis itu.

Pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat itu ialah 347 Pemangku Leftenan Kolonel (U) Harmadi bin Haji Mamit, 352 Pemangku Leftenan Kolonel Haji Mohd Sheh bin Haji Bagul, 377 Pemangku Leftenan Kolonel Nooridah binti Haji Ibrahim, 432 Pemangku Leftenan Kolonel Hajah Suriani binti Haji Junaidi, 447 Pemangku Leftenan Kolonel (U) Hishamuddin bin Abidin, 458 Pemangku Leftenan Kolonel Haji Abdul Kadir bin Haji Mahmud, 476 Pemangku Leftenan Kolonel Pengiran Mohamed Sufri bin Pengiran Haji Rosli, 481 Pemangku Leftenan Kolonel Haji Ismadi bin Haji Jumat, 491 Pemangku Leftenan Kolonel (U) Hismawadi bin Haji Mohd Said, 493 Pemangku Leftenan Kolonel (U) Azmie Iskandar bin Ariffin, 494 Pemangku Leftenan Kolonel (U) Mohamad Sufian bin Awang Ahmad, 517 Pemangku Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, 520 Pemangku Komander Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, TLDB, 527 Pemangku Leftenan Kolonel Pengiran Aeddie Masjaffrie bin Pengiran Haji Mohammad Jaafar, 528 Pemangku Komander Nor Ariffin bin Mohammad Ali, TLDB, 553 Pemangku Leftenan Kolonel Mardini bin Abd Rahman, 540 Pemangku Leftenan Kolonel (U) Muhammad Amiruddin bin Tuah, 541 Pemangku Leftenan Kolonel (U) Schufin bin Haji Ibrahim, 561 Pemangku Leftenan Kolonel (U) Zainolhizad bin Haji Mohd Zain, 578 Pemangku Leftenan Kolonel Amilin bin Haji Mohammad Gani/Haji Junit, 582 Pemangku Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, 596 Pemangku Komander Haji Norbahrin bin Haji Muamad, TLDB, 600 Pemangku Leftenan Kolonel Abdul Rajid bin Haji Zainie dan 636 Pemangku Leftenan Kolonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini.

Turut dinaikkan pangkat ialah empat Pegawai Pasukan Kadet (CFO) ke pangkat kapten iaitu, 502 CFO Kapten Jalil bin Pengarah Haji Kapitan, 507 CFO Kapten Tikom bin Subi @ Mohd Subhi, 509 CFO Kapten Haji Zulkiflee bin Haji Jalil dan 533 CFO Kapten Zaidi bin Mohidin.

Urusan kenaikan pangkat ABDB merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi mengiktiraf, memberi ganjaran dan terus mengasuh para pegawai yang telah menunjukkan prestasi baik dan menampilkan potensi untuk terus menyumbang kepada ABDB.

Kenaikan pangkat ini berkuat kuasa mulai 30 Oktober 2015.

ARTIKEL YANG SAMA