24 saudara baru terima sijil bimbingan

24 saudara baru terima sijil bimbingan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Seramai 24 peserta perempuan yang mengikuti Skim Bimbingan Lanjutan (1) bagi Saudara-saudara Baru Siri ke-94 telah menerima sijil tamat kursus mereka dalam majlis penutup skim berkenaan di Pusat Dakwah Islamiah, hari ini.

Penyampaian sijil kepada para peserta yang merangkumi dari Daerah Brunei dan Muara, Tutong, Belait dan Temburong telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Pemangku Penolong Pengarah Pusat Dakwah Islamiah, Haji Abdul Aziz bin Abd Kahar.

Dengan penerimaan sijil itu, para peserta telah berjaya menamatkan kursus bimbingan selama dua minggu yang mendidik mereka dalam meningkatkan dan menghalusi lagi ilmu pengetahuan agama mereka, terutama dalam bidang ibadat solat.

Salah seorang peserta, Dayang Ulya Hana Mahdiyah binti Abdullah Adin ketika ditemu bual berkata, dengan adanya bimbingan seumpama ini ia dapat meningkatkan dan menghalusi lagi ilmu pengetahuan ugama saudara-saudara baru terutamanya dalam ibadah solat dan akidah.

Haji Abdul Aziz ketika menyampaikan ucapan penutup kursus.
Haji Abdul Aziz ketika menyampaikan ucapan penutup kursus.
Antara warga Pusat Dakwah Islamiah dan para peserta kursus perempuan dari keempat-empat daerah.
Antara warga Pusat Dakwah Islamiah dan para peserta kursus perempuan dari keempat-empat daerah.

Beliau juga berharap akan ada lagi kursus dan bimbingan selanjutnya untuk para saudara baru termasuk dirinya.

“Saya berharap kursus yang diberikan tidak hanya setakat ini sahaja dan Insya-Allah apa yang kami telah kami pelajari di pusat ini akan kami ikuti dan amalkan selalu,” ujarnya.

Majlis seterusnya diakhiri dengan ucapan dan nasihat daripada Haji Abdul Aziz kepada para peserta agar sentiasa menghayati agama Islam, dan memanfaatkan ilmu yang diajarkan bukan saja di Pusat Dakwah tetapi di mana saja mereka berada.

ARTIKEL YANG SAMA