24 terkorban dalam rempuhan

24 terkorban dalam rempuhan

VARANASI, India, 16 Okt – Kejadian rempuhan pada satu perhimpunan keagamaan di utara India telah mengorbankan sekurang-kurangnya 24 orang semalam, ketika beribu-ribu orang pengikut guru yang berkontroversi cuba menyeberangi sebuah jambatan sekalis gus, menurut polis.

Para pengikut Jai Gurudev, ketua sekta agama setempat, telah berhimpun di pinggir Varanasi, sebuah bandar suci Hindu di negeri Uttar Pradesh, apabila rempuhan yang membawa maut itu berlaku.

“Kami boleh mengesahkan bahawa 24 orang terbunuh dalam kemalangan itu. Sembilan belas orang yang terbunuh itu adalah wanita,” Hari Ram Sharma, jeneral inspektor polis, memberitahu para pemberita di bandar negeri itu, Lucknow. Sekurang-kurangnya 20 orang lagi tercedera dalam kejadian berasak-asak itu, dan mereka kini sedang dirawat di hospital-hospital berhampiran. Ketua polis negeri Javeed Ahmed mengatakan punca bencana itu adalah kesesakan di jambatan besi lama itu.

Warga India berkumpul berhampiran tempat kejadian rempuhan di Varanasi kelmarin. – AFP
Warga India berkumpul berhampiran tempat kejadian rempuhan di Varanasi kelmarin. – AFP

“Mereka telah meminta kebenaran untuk 5,000 orang tetapi ramai lagi tiba dan menyertai perbarisan itu,” Ahmed memberitahu rangkaian berita NDTV, India. “Mereka sedang menyeberangi jambatan apabila beberapa orang yang membawa khabar angin itu telah mengakibatkan bencana itu.”

Seorang jurucakap sekta keagamaan itu berkata rempuhan berlaku selepas khabar angin tersebar yang mengatakan bahawa jambatan sempit itu telah runtuh,” agensi berita Press Trust of India (PTI) melaporkan.

“Para pengikut bergerak ke arah kem seberang sungai tetapi polis mula menghantar mereka balik. Ini mengakibatkan pembawa-pembawa khabar angin mengatakan bahawa jambatan itu telah runtuh,” Raj Bahadur memberitahu PTI. Rakaman TV menunjukkan timbunan pakaian beraneka warna dan selipar berlonggok dengan anggota-anggota polis cuba membersihkan apa yang berselerakan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA