240 guru agama khatam Al-Quran

240 guru agama khatam Al-Quran

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Seramai 240 guru-guru agama Kawasan Brunei 1 hari ini diraikan dalam majlis khatam Al-Quran di Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Sekolah Agama Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Hajah Sinega binti Haji Swadi yang turut mengepalai bacaan Surah Al-Fatihah.

Turut hadir ialah Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei 1, Hajah Noorsiah binti Haji Mohd Noor dan Pembantu Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei 1, Awang Osman bin Haji Ismail serta pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam dan guru-guru sekolah agama kawasan Brunei 1.

Majlis merupakan salah satu aktiviti tahunan selain menyemarakkan lagi bulan Ramadan dengan amal ibadat serta mengukuhkan silaturahim dalam kalangan guru-guru sekolah agama Kawasan Brunei 1.

Gambar ramai guru-guru yang terlibat dalam majlis khatam tersebut.
Gambar ramai guru-guru yang terlibat dalam majlis khatam tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA