245 anak yatim di Temburong terima sumbangan

245 anak yatim di Temburong terima sumbangan

Oleh Noorhaizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 26 Jun – Seperti tahun-tahun yang lalu, Jabatan Daerah Temburong tidak ketinggalan melaksanakan pembahagian derma kepada anak-anak yatim Daerah Temburong bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Seramai 245 orang anak yatim menerima sumbangan yang disampaikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Amir Hairil bin Haji Mahmud pada majlis yang berlangsung di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, kelmarin.

Turut hadir ialah Pemangku Penolong Pegawai Daerah Temburong, Haji Mohamad Azmi bin Haji Suhaili; ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Ahad; penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung, ketua-ketua cawangan, Jawatankuasa Tabung Derma Anak-anak yatim Daerah Temburog, anak-anak Yatim Daerah Temburong, peniaga-peniaga dan para penyumbang derma.

Semasa penyampaian derma kepada anak anak yatim.
Semasa penyampaian derma kepada anak anak yatim.

Pada tahun ini, anak-anak yatim Daerah Temburong menerima sebanyak $8,575 daripada Tabung Anak-anak Yatim Daerah Temburong sementara sebanyak $12,250 daripada Tabung Kebangsaan dan dari Bank Islam Brunei Darussalam sebanyak $8,575.

Sumbangan tersebut d iharap dapat meringankan beban perbelanjaan anak-anak yatim semasa menyambut bulan Syawal nanti.

ARTIKEL YANG SAMA