24,808 beg udara ditarik balik

24,808 beg udara ditarik balik

SEOUL, 25 Jun – Kementerian Pengangkutan Korea Selatan hari ini mengarahkan empat syarikat automotif untuk menarik balik sejumlah 24,808 kenderaan yang mungkin menggunakan beg udara tidak sempurna yang dikeluarkan Takata Corp.

Mengikut kementerian itu dalam satu kenyataan, penarikan balik itu membabitkan model Honda CRV dan Accord yang dikeluarkan antara 2003 dan 2008, Chrysler 300C keluaran Fiat Chrysler Automobiles serta kenderaan keluaran Renault SA dan Ford.

Takata kini terpaksa menanggung penarikan balik berjuta kenderaan di seluruh dunia kerana kecacatan dalam rekaan menyebabkan pencetus membuka beg udara dengan tenaga yang terlalu kuat dan cepat serta menebarkan serpihan logam berbahaya yang mencederakan pengguna.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Takata, Shigehisa Takata akan membuat sidang media khas petang ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Shegihisa Takata (kiri) sewaktu sidang media membincangkan masalah beg udara kenderaan. – AFP
Ketua Pegawai Eksekutif, Shegihisa Takata (kiri) sewaktu sidang media membincangkan masalah beg udara kenderaan. – AFP

Ia adalah penampilan pertama Takata, cucu pengasas syarikat itu, sejak krisis itu muncul tahun lalu.

Kecacatan rekaan peledak membuka beg udara itu dikaitkan dengan lapan kematian setakat ini, termasuk satu di Malaysia dan lebih 100 kecederaan.

ARTIKEL YANG SAMA