249 kes dalam tiga minggu

249 kes dalam tiga minggu

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Okt – Sebanyak 249 kes pelbagai kesalahan lalu lintas telah dicatatkan oleh Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL), Pasukan Polis Diraja Brunei, dalam 14 operasi penguatkuasaan dan rondaan lalu lintas sepanjang minggu ketiga Oktober 2015.

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 217 kes dilaporkan oleh JSKLL Gadong menerusi 11 operasi, dan JSKLL Cawangan Batu 3 merekodkan 32 kes dengan tiga operasi.

Dalam kenyataannya di sini, hari ini, Pasukan Polis Diraja Brunei turut mendedahkan bahawa sepanjang tempoh yang sama, sebanyak 54 kes kemalangan jalan raya telah direkodkan termasuk satu yang melibatkan kematian.

Sehubungan itu, pihak polis sekali lagi menasihatkan para pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas di negara ini, di samping itu, sentiasa meningkatkan keselamatan serta berhati-hati ketika berada di jalan raya terutama sekali dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

Orang ramai juga disarankan supaya sentiasa mengamalkan sikap pemanduan yang berhemah demi sama-sama menjaga keselamatan semua ketika di jalan raya.

ARTIKEL YANG SAMA