249 lagi bakal haji berlepas ke Madinah

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar Ihsan KHEU

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Penerbangan kedua yang membawa seramai 254 orang bakal jemaah haji termasuk pegawai pengiring telah berlepas meninggalkan Negara Brunei Darussalam ke Madinah pada jam 5:32 petang tadi.

Penerbangan yang menggunakan pesawat Royal Brunei Bl4203 itu dijangka tiba di Madinah pada jam 10:12 malam waktu setempat.

Bakal jemaah haji dalam penerbangan kedua ini mengikuti pakej Syarikat Darussalam Holdings Sdn Bhd dengan bakal jemaah haji lelaki seramai 126 orang manakala bakal jemaah haji perempuan pula seramai 123 orang, diiringi oleh lima orang pegawai dari Maktab Urusan Haji Perubatan dan Syarikat Darussalam Holdings Sdn Bhd.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada bakal jemaah haji ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB); Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Paduka Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

Juga hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Hisham bin Abdul Wahab bin Zar’ah; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof dan timbalan-timbalan setiausaha tetap di KHEU, Haji Harun bin Haji Junid dan Awang Roslan bin Haji Taja’ah.

Hadir mengucapkan selamat berlepas kepada mereka ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei TAIB; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Paduka Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

pg03_170812_a

Bakal jemaah haji berziarah dengan Yang Berhormat Pehin dan para menteri yang turut mengucapkan selamat berlepas kepada mereka.
Bakal jemaah haji berziarah dengan Yang Berhormat Pehin dan para menteri yang turut mengucapkan selamat berlepas kepada mereka.
Bakal jemaah haji wanita berziarah dengan isteri Menteri Hal Ehwal Ugama.
Bakal jemaah haji wanita berziarah dengan isteri Menteri Hal Ehwal Ugama.

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat telah dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran bin Haji Kunchang, manakala itu, lafaz azan dilaungkan oleh Mudim Haji Abdul Latif bin Haji Saman

Di kesempatan itu, Media Permata menemu bual salah seorang bakal jemaah haji, Awang Zulfariq Zara Zainuddin yang menyatakan rasa gembira dan bersyukur kerana diberi kesempatan dan terpilih menunaikan ibadah haji bagi tahun 2017 buat pertama kali.

Beliau yang menunaikan haji bersama isteri, Dayang Amalina binti Ghani, turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui KHEU atas program-program kursus sebelum menunaikan ibadah haji.

Awang Salleh bin Haji Mahmud bersama isteri, Dayang Safiah binti Abdullah turut melahirkan rasa syukur kerana terpilih menunaikan ibadah haji tahun ini. Beliau juga berharap sepanjang menunaikan ibadah haji di tanah suci, mereka akan dikurniakan kesihatan dan mampu menunaikan ibadah haji.

Manakala, bakal jemaah haji yang lainnya rata-rata mengucapkan rasa sangat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana mendapat hidayah dan panggilan untuk menunaikan fardu haji bagi tahun 2017.