25 ahli PK terima surat lantikan

25 ahli PK terima surat lantikan

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Daerah Polis Temburong, semalam telah mengadakan Majlis Penyampaian Surat Lantikan Keahlian Pengawasan Kejiranan (PK) kepada 25 orang anak buah kampung yang telah berjaya diterima sebagai ahli.

Hadir menyempurnakan sijil lantikan selaku tetamu kehormat majlis yang berlangsung di Balai Raya Kampung Menengah Temburong ialah Pegawai Pemerintah Daerah Polis Temburong, Supt Mohammad Azrie bin Haji Talip.

Turut hadir ialah penghulu-penghulu mukim selaku penasihat PK dan ketua-ketua kampung selaku pengerusi PK di Daerah Temburong serta dari Bahagian Institusi Mukim dan Kampung, Pejabat Daerah Temburong.

Seorang ahli PK menerima surat lantikan keahlian daripada tetamu kehormat.
Seorang ahli PK menerima surat lantikan keahlian daripada tetamu kehormat.

Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas pengenalan PK kepada ahli-ahli baru dilantik yang disampaikan oleh Pegawai Penguasa Balai Polis Temburong, ASP Pengiran Anak Haji Azanuddin Aman Shah bin Pengiran Anak Ismail Al-Haj.

Ahli-ahli yang menerima sijil lantikan berkenaan adalah bagi tambahan keahlian di PK Kampung Labu Estate, PK Kampung Senukoh, PK Kampung Puni dan PK STKRJ/Kampung Perpindahan Rataie.

ARTIKEL YANG SAMA