25 anak yatim dirai di Hotel Times

25 anak yatim dirai di Hotel Times

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar oleh Fizah HAB

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Seramai 25 orang anak yatim yang berdaftar di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah diraikan dalam majlis bersungkai di Hotel Times yang dihoskan oleh hotel berkenaan hari ini.

Majlis berkenaan turut menyaksikan penyampaian derma kepada anak-anak yatim berkenaan yang disampaikan oleh Pengurus Besar Hotel Times, Dayang Nonie binti Haji Selamat sebagai salah satu usaha dan kerja amal untuk menceriakan anak-anak yatim berkenaan.

Dayang Nonie menjelaskan, aktiviti amal ini merupakan kali kedua diadakan dengan menjemput anak-anak yatim yang berdaftar dengan KKBS dan berharap aktiviti berkebajikan ini diadakan setiap tahun, bukan sahaja pada bulan Ramadan tapi hari-hari lain.

Di majlis itu, anak-anak yatim yang dijemput turut diceriakan dengan sumbangan berupa kewangan dan minuman daripada ‘in-house guests’ di Hotel Times and Aliff Technologies.

Gambar ramai anak-anak yatim bersama dengan Pengurus Besar Hotel Times.
Gambar ramai anak-anak yatim bersama dengan Pengurus Besar Hotel Times.

ARTIKEL YANG SAMA