25 cedera kebakaran pangsapuri di Maryland

25 cedera kebakaran pangsapuri di Maryland

SILVER SPRING, 12 Ogos – Jabatan bomba menganggarkan antara 20 hingga 25 mangsa termasuk dua anggota bomba cedera dalam kebakaran besar sebuah bangunan pangsapuri di Maryland.

Seorang pegawai Palang Merah Amerika pula menganggarkan 100 orang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran itu, manakala 60 hingga 70 mangsa tinggal di pusat perlindungan sementara pertubuhan itu di sebuah pusat komuniti berhampiran.

Pengarah bencana serantau Paul Carden berkata, mangsa yang kehilangan tempat tinggal majoritinya bertutur dalam bahasa Sepanyol dan penterjemah dibawa ke tempat kejadian bagi memudahkan komunikasi.

Katanya, keadaan letupan menyebabkan trauma kerana ramai mangsa “tercampak dari katil.”

Pihak berkuasa masih berusaha untuk menentukan punca letupan yang mengorbankan dua orang, berpuluh-puluh cedera dan yang lainnya masih tidak diketahui.

Anggota bomba dan penyelamat serta penyiasat dilihat berada di tapak letupan yang mengakibatkan kebakaran dan memusnahkan sebuah bangunan pangsapuri di Silver Spring, Maryland, semalam. – AFP
Anggota bomba dan penyelamat serta penyiasat dilihat berada di tapak letupan yang mengakibatkan kebakaran dan memusnahkan sebuah bangunan pangsapuri di Silver Spring, Maryland, semalam. – AFP

Biro Alkohol, Tembakau dan Senjata Api telah membantu dalam siasatan itu.

Antara yang cedera tiga anggota bomba yang dirawat dan dikeluarkan hari ini.

Pegawai menyifatkan usaha anggota bomba itu sebagai ‘ satu usaha berani’ untuk menyelamatkan orang yang terperangkap dalam kebakaran itu.

Dua ditemui mati dalam runtuhan yang belum dikenal pasti. Penduduk dilaporkan menghidu gas sebelum letupan itu berlaku.

Seramai 34 orang, termasuk tiga anggota bomba, telah dibawa ke hospital untuk rawatan. Pegawai hospital berkata kebanyakan mereka telah dikeluarkan pada hari yang sama.

Sementara itu bagi penduduk yang tinggal satu batu daripada tempat kejadian berkenaan turut merasai gegaran dalam letupan itu sebelum tengah malam Rabu. Usaha memadamkan kebakaran itu berlangsung selama sembilan jam, di mana asap masih dapat dilihat keluar daripada bangunan itu.

Erick Jimenez telah cuba sedaya upaya untuk mendapatkan maklumat mengenai bapanya, Caesar, yang berkata beliau tinggal di tingkat pertama dan tidak menjawab panggilan.

“Saya telah pergi ke bilik kecemasan, Holy Cross, Shady Grove, tiada siapa yang tahu,” kata Jimenez. – AP