25 Julai sebutan semula kes peras ugut

25 Julai sebutan semula kes peras ugut

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Julai – Seorang lelaki warga Nigeria yang menghadapi tuduhan melakukan peras ugut terhadap seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, untuk membacakan pertuduhan dan mengambil pengakuan.

Peguam Ahmad Zakaria yang mewakili Muhammad Hafiz bin Abdullah Ugorji @ Chimere Charles Ugorji bagaimanapun memohon kepada mahkamah supaya sebutan ditangguhkan selama dua minggu atas sebab dia belum lagi melihat fakta-fakta kes.

Defendan yang berkahwin dengan wanita tempatan didakwa mengugut seorang wanita lain berusia 34 tahun dengan menakutkan mangsa untuk menyebarkan video lucah mereka berdua kepada orang ramai, jika mangsa gagal membayar $5,000 kepadanya.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menetapkan 25 Julai untuk sebutan semula, dan membenarkan defendan diikat jamin $5,000 atau dua orang penjamin tempatan.

Timbalan Pendakwa Raya Sharon Yeo selaku pihak pendakwaan mengenakan syarat ikat jamin iaitu defendan tidak boleh mendekati saksi pihak pendakwa, pasport ditahan dan tidak boleh melakukan kesalahan lain sepanjang tempoh ikat jamin.

ARTIKEL YANG SAMA