25 kilogram dadah dirampas di China

25 kilogram dadah dirampas di China

LANZHOU, 2 Mei (Xinhua) – Polis di barat laut China wilayah Gansu telah merampas kira-kira 25 kilogram heroin semasa operasi ‘berhenti dan menggeledah’, dan menahan tiga suspek, pihak polis mengumumkannya semalam.

Polis di ibu kota wilayah Lanzhou menerima maklumat pada awal bulan April bahawa kumpulan sindiket telah mengangkut dadah dari wilayah barat daya Yunnan ke Lanzhou.

Pada 23 April, polis menahan sebuah lori di Gannan, wilayah autonomi Tibet di barat daya wilayah itu. Dua suspek telah ditangkap dan merampas 69 bungkusan heroin.

Seorang lagi suspek ditahan di Wilayah Autonomi Linxia Hui di wilayah itu. Ketiga-tiga suspek berada dalam tahanan polis.

ARTIKEL YANG SAMA