25 maut serangan Boko Haram

25 maut serangan Boko Haram

MAIDUGURI, 29 Julai (Reuters) – Sekurang-kurangnya 25 terbunuh dalam serangan militan Boko Haram pada petang kelmarin dan pagi semalam di tiga kawasan penempatan di Negeri Borno, timur laut Nigeria, demikian menurut sumber tentera dan polis.

Kumpulan militan berkenaan dikatakan menggunakan sebuah trak menyerang pekan Dille dan dua lagi kawasan penempatan kecil di Askira dan Uba di Negeri Borno, kira-kira 250 kilometer dari ibu negeri Maiduguri.

Ia serangan terbaharu dilakukan oleh kumpulan militan yang setakat ini sudah meragut lebih 600 nyawa sejak Presiden Muhammadu Buhari mengambil alih kuasa pada 29 Mei lalu.

“Serangan yang berlaku di Dille kira-kira jam 1 tengah hari waktu tempatan,” kata sumber.

Seorang sumber polis berkata, serangan sama dilakukan awal pagi semalam di dua kawasan komuniti kecil.