25 menang hadiah

25 menang hadiah

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Seramai 25 pemenang bertuah membawa pulang pelbagai hadiah menarik dalam cabutan bertuah kedua bagi kempen kelima Pusat Membeli Belah Times Square, kelmarin.

Di majlis yang berlangsung di pusat membeli belah berkenaan, hadiah pertama berupa Samsung Galaxy S5 dimenangi oleh Dayangku Siti Nuramal Asyiqin binti Pengiran HM Sofiah, manakala itu Awang Mohd Jasmerol Jazemen bin Haji Mohd Jasry membawa pulang peti sejuk Sharp selaku pemenang kedua dan Dayang Nurul Amalina binti Shaban memenangi Xiaomi M1 Pad di tempat ketiga.

Sementara itu, 22 pemenang lain membuat cabutan bagi menentukan hadiah masing-masing di atas pentas.

Terdahulu sebelum itu, majlis penyampaian hadiah berkenaan telah dimulakan dengan pelbagai kuiz dan permainan yang dikendalikan oleh pihak pengurusan pusat membeli belah berkenaan, diikuti dengan kemunculan maskot untuk menghiburkan orang ramai.

Pemenang hadiah pertama, Dayangku Siti Nuramal Asyiqin menerima hadiah Samsung Galaxy S5.
Pemenang hadiah pertama, Dayangku Siti Nuramal Asyiqin menerima hadiah Samsung Galaxy S5.
Para pemenang bergambar ramai di Pusat Membeli Belah Times Square, kelmarin.
Para pemenang bergambar ramai di Pusat Membeli Belah Times Square, kelmarin.

Kemudian, lima pemenang Pertandingan Instagram Beli-Belah, Makan dan Ambil Gambar diumumkan, yang mana Awang Mohd Syahmi Hazim bin Harjammey membawa pulang seutas rantai tajaan OKKY Jewellery, dan Awang Zurainee bin Kiflee memenangi penginapan semalam daripada Times Hotel.

Sementara itu, tiga lagi pemenang, Dayang Norfazirah binti Shremmi, Yumi dan Danish Lim, masing-masing membawa pulang hamper daripada NHF Organics Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Times Square dalam kenyataannya, turut memaklumkan bahawa beberapa acara akan diadakan dalam masa terdekat ini, seperti pameran Ramadan pada bulan Julai serta Dip & Win pada minggu terakhir Ramadan.

Pertandingan Instagram Beli-Belah, Makan dan Ambil Gambar masih diteruskan sehingga Ogos 2015.

ARTIKEL YANG SAMA