25 pasukan berentap rebut Piala Takraw NBT

25 pasukan berentap rebut Piala Takraw NBT

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Sebanyak 25 pasukan akan berentap bagi menjulang Piala Sepak Takraw Kebangsaan NBT Sdn Bhd kali ke-5 yang akan bermula hari ini, 6 dan 8 Mei 2016 di Kompleks Sukan Menglait.

Hadir menyempurnakan perasmian kejohanan tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Muhammad Sunadi bin Haji Buntar, yang kemudiannya berpeluang berinteraksi bersama pengurus dan perwakilan daripada pasukan yang menyertai kejohanan kali ini.

Sebanyak tujuh kumpulan akan bertanding dalam perlawanan tersebut, di mana pasukan dalam Kumpulan A terdiri daripada Warisan Belait A, Sungai Bunga Emas dan Muara Spurs dan Kumpulan B terdiri daripada Pasukan JSS, ABDB C dan MPM Sengkurong A,

Haji Muhd Sunadi (dua kiri) sambil diiringi Pengiran Haji Ali Hassan ketika merasmikan kejohanan semalam.
Haji Muhd Sunadi (dua kiri) sambil diiringi Pengiran Haji Ali Hassan ketika merasmikan kejohanan semalam.

Sementara itu dalam Kumpulan C pula ialah Brunei 88 A, ABDB F dan Warisan Belait B dan kumpulan E pula disertai oleh Pasukan Polis C, ABDB D dan Merangking,

Manakala dalam Kumpulan F pula disertai oleh Pasukan MSSSBD A, ABDB A dan Polis A dan Kumpulan G akan disertai Brunei 88 B, Polis D dan MPM Sengkurong C.

Sementara pasukan tunggal yang menampilkan empat pasukan adalah Kumpulan H yang antaranya disertai pasukan Polis B, TJ Junior, ABDB E dan SK Sukan.