25 pelanggan Red Bull terima hadiah

25 pelanggan Red Bull terima hadiah

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Aziz Idris

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 April – Seramai 25 pelanggan bertuah membawa pulang pelbagai hadiah menarik dalam cabutan dwimingguan pertama promosi Red Bull Boost  & Win Contest 2016.

Para pemenang berkenaan masing-masing menerima sama ada baucar membeli-belah, Power Card, Prepaid Top Up Cards dan pek kluster botol Red Bull.

Cabutan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang berkenaan telah diadakan, hari ini, di Hua Ho Department Store, cawangan Manggis, di sini.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengurus Besar Kingston Beverage & Cremeary Sdn Bhd, Valentine Hon bersama Pengurus Pemasaran dan Jualan Kingston Beverage & Cremeary Sdn Bhd, Kevin Robin Jon.

Gambar ramai para pemenang bersama pihak penganjur.
Gambar ramai para pemenang bersama pihak penganjur.

Promosi yang telah bermula dari 1 April lalu ini akan berlangsung sehingga 31 Mei.

Untuk menyertainya, orang ramai hanya perlu membeli mana-mana minuman tenaga Red Bull (Gold/Less Sugar), kemudian isikan borang yang disediakan dan masukkannya ke dalam kotak-kotak yang disediakan bersama ring tab minuman tenaga berkenaan.

Borang tersebut juga boleh dimuat turun menerusi laman Facebook Red Bull Brunei.

Dua lagi cabutan dwimingguan akan diadakan sebelum cabutan utama yang menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti TV LED, empat unit mesin basuh, lima unit peti sejuk dan 10 karton Redbull.

ARTIKEL YANG SAMA