25 pelanggan Times Square terima ganjaran

25 pelanggan Times Square terima ganjaran

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Nov – Pusat Membeli-belah Times Square, hari ini, telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi kempen cabutan bertuah ke-6 yang menyaksikan seramai 25 orang pelanggan bertuah membawa pulang pelbagai hadiah menarik.

Pada majlis yang berlangsung di pusat membeli-belah berkenaan, hadiah utama berupa TV PFT 40 inci berjenama Philips menjadi milik Dayang Rosnah binti Yusuf. Manakala itu, Dayang Hasnaliwati binti Abdul Rahman memenangi iPhone 5C dan Awang Mohd Yusuf HM. Awang Yunus menerima Apple iPod Touch 16GB.

Sebanyak 15 hadiah pertama telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Times Square, Dayang Nurul Malyanah binti Mohd Hadini, sementara penyampaian hadiah kepada 10 orang pemenang lainnya telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Times Square, Dayang Amal Majidah binti Haji Suhaili.

Hadiah-hadiah yang dimenangi dalam cabutan berkenaan termasuk baucar-baucar penginapan hotel, baucar makan restoran, barangan gajet dan elektronik, hamper produk kecantikan dan banyak lagi.

Dayang Rosnah berjaya membawa pulang hadiah utama cabutan bertuah Times Square.
Dayang Rosnah berjaya membawa pulang hadiah utama cabutan bertuah Times Square.

Kempen cabutan bertuah ke-6 ini telah pun bermula tahun lepas dan berakhir hari ini dengan cabutan bertuah yang ke-7 akan diadakan pada bulan depan.

Menurut kenyataan yang diberikan, Pusat Membeli-belah Times Square juga akan mengadakan persembahan 7th Fleet Band oleh Tentera Laut Diraja Brunei dan Amerika Syarikat yang akan berlangsung esok di Ruang Atrium Times Square bermula jam 8 malam.

Kemasukan untuk menyaksikan persembahan berkenaan adalah percuma dan orang ramai dialu-alukan untuk datang.

Di samping itu, Times Square juga akan mengadakan Hobbies Carnival 2016 pada 18 sehingga 20 November nanti dan Pameran BIBD At-Tamwil pada 23 November sehingga 4 Disember nanti.

ARTIKEL YANG SAMA