25 pelarian lemas dalam tragedi bot karam

25 pelarian lemas dalam tragedi bot karam

ATHENS, 29 Jan – Mayat 25 pendatang termasuk 10 kanak-kanak ditemui di luar pantai sebuah pulau di Greece, tidak jauh dari Turki hari ini selepas bot mereka karam, kata pengawal pantai negara itu.

Sebelas daripada penumpang bot getah membawa 45 pendatang dikhuatiri masih hilang selepas tragedi terbaru membabitkan bot terlebih muatan menyeberangi Laut Aegean dari Turki ke Greece.

Dalam pada itu, pihak berkuasa sudah menyelamatkan 10 pelarian. Pihak berkuasa pada mulanya berkata mereka menemui 12 mayat namun angka itu meningkat ketika penyelamat mencari mangsa yang masih hilang.

Jurucakap pengawal pantai berkata ada “lima budak lelaki dan lima budak perempuan dalam kalangan mangsa, sementara 10 yang diselamatkan tidak cedera.”

Khabar mengenai insiden itu disampaikan seorang daripada mangsa yang terselamat dan berenang ke pantai. – AFP