25 pemenang bertuah Red Bull Boost & Win Contest

25 pemenang bertuah Red Bull Boost & Win Contest

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mei – Seramai 25 orang pelanggan telah dipilih sebagai pemenang bertuah bagi minggu ketiga Red Bull Boost & Win Contest 2016 dan masing-masing membawa pulang hadiah menarik pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Institut Kemuda, Telanai, hari ini.

Pada majlis itu, cabutan telah dibuat oleh Pengarah Urusan Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Vincent Hon dan hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengarah Urusan Institut Kemuda, Hajah Hasnah.

Tiga pemenang telah memenangi baucar membeli-belah Sim Kim Huat Department Store (SKH) bernilai $50, lima menerima Power Card bernilai $30, tujuh menerima kad tambah nilai prabayar bernilai $20, manakala itu, 10 orang pemenang lainnya masing-masing membawa balik satu pek botol minuman Red Bull.

Red Bull Boost & Win Contest 2016 telah bermula sejak 1 April lalu dan akan berlangsung sehingga 29 Mei 2016 di seluruh negara.

Para pemenang cabutan hadiah bertuah Red Bull Boost & Win Contest 2016 bagi minggu ketiga.
Para pemenang cabutan hadiah bertuah Red Bull Boost & Win Contest 2016 bagi minggu ketiga.

Untuk menyertai, orang ramai hanya perlu membeli salah satu minuman tin Red Bull Energy Drink (Gold/Less Sugar), kemudian isikan borang penyertaan dan masukkan borang yang lengkap diisi berserta pull ring tab ke dalam kotak peraduan yang disediakan di kedai-kedai yang menyertai peraduan itu.

Borang penyertaan boleh didapati di kedai-kedai yang berkenaan atau muatturun di laman Facebook Red bull Brunei.

Cabutan Bertuah Red bull Boost & Win Contest 2016 telah diadakan dua kali setiap dua minggu, dan orang ramai dialu-alukan untuk terus menyertai peraduan ini untuk memenangi hadiah utama berupa 40” LED TV di samping mesin basuh, peti sejuk dan 10 kartun Red Bull.

ARTIKEL YANG SAMA