25 pemenang terima hadiah

25 pemenang terima hadiah

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mei – Seramai 25 pemenang bertuah telah dipilih bagi minggu kedua Red Bull Boost & Win Contest 2016 dan menerima hadiah masing-masing pada majlis yang diadakan di Sim Kim Huat Department Store, cawangan The Airport Mall, di sini, petang tadi.

Para pemenang bertuah membawa balik baucar membeli-belah Sim Kim Huat Department Store (SKH) bernilai $50 untuk tiga orang pemenang, Power Card bernilai $30 untuk lima orang pemenang, kad tambah nilai prabayar bernilai $20 untuk tujuh pemenang, manakala 10 pemenang lainnya masing-masing membawa balik satu pek botol minuman Red Bull.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengarah SKH, Hou Leh Hui bersama Pengurus Besar Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Valentine Hon dan Pengurus Jualan dan Pemasaran Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd selaku pengedar tunggal Red Bull di Brunei.

Red Bull Boost & Win Contest 2016 telah bermula sejak 1 April lalu akan berlangsung sehingga 31 Mei 2016 di seluruh negara.

Seramai 25 pemenang bertuah bergambar ramai bersama pihak pengurusan Kingston Beverage & Creamery dan SKH.
Seramai 25 pemenang bertuah bergambar ramai bersama pihak pengurusan Kingston Beverage & Creamery dan SKH.

pg05_160507_a

Untuk menyertai, orang ramai hanya perlu membeli satu tin Red Bull Energy Drink (Gold/Less Sugar), kemudian mengisi borang penyertaan dan masukkan borang yang lengkap diisi berserta pull ring tab ke dalam kotak peraduan yang disediakan di kedai-kedai yang menyertai peraduan itu.

Borang penyertaan boleh didapati di kedai-kedai yang berkenaan atau muat turun di laman Facebook Redbull Brunei.

Cabutan bertuah akan dibuat tiga kali yang akan diadakan setiap dua minggu untuk memilih

25 pemenang bertuah setiap cabutan sebelum cabutan bertuah utama yang menawarkan hadiah-hadiah lumayan seperti tiga unit TV LED, empat unit mesin basuh, lima unit peti sejuk dan 10 kartun Red Bull.

ARTIKEL YANG SAMA