25 peserta ke peringkat akhir musabaqah Al-Quran

25 peserta ke peringkat akhir musabaqah Al-Quran

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 April – Seramai 25 orang peserta telah berjaya mara ke Peringkat Akhir Kebangsaan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Bagi Tahun 1437H/2016M mengikut kategori-kategori yang dipertandingkan.

Keputusan telah diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim pertandingan, Awang Mohd Sujairi bin Haji Dollah pada majlis yang telah berlangsung di Dewan Kuliah, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian cenderamata kepada peserta musabaqah dan jemaah hakim ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Roslan bin Haji Taja’ah.

Awang Roslan menyampaikan cenderahati kepada salah seorang peserta.
Awang Roslan menyampaikan cenderahati kepada salah seorang peserta.

Majlis petang tadi dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tenaga pengajar ITQSHHB, Awang Mohd Aizat bin Haji Ahmad, diikuti dengan ucapan alu-aluan Pemangku Pengarah Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1437H/2016M.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan imbasan rakaman musabaqah dan penyampaian cenderamata oleh tetamu kehormat.

Tahun ini, seramai 57 orang telah bertanding di peringkat separuh akhir kebangsaan daripada 206 orang peserta yang telah mendaftar bagi menyertai musabaqah, dalam lima kategori dan daripada jumlah tersebut, lima peserta daripada setiap kategori telah berjaya memasuki ke peringkat akhir kebangsaan bagi tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA