25 sempurnakan Musabaqah Akhir

25 sempurnakan Musabaqah Akhir

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jun – Dalam usaha menggalakkan budaya membaca Al-Quran dalam segenap lapisan masyarakat negara ini, Musabaqah Menghafaz Al-Quran berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan 1437 Hijrah diteruskan pada hari kedua di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

Pertandingan menyaksikan peserta Kategori ‘A’ terdiri daripada seorang peserta lelaki dan dua orang peserta perempuan memperdengarkan hafa-zan mereka daripada surah-surah pilihan daripada 30 Juz Al-Quran, berserta pemahaman beberapa surah.

Hadir menyaksikan pertandingan itu ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Majlis turut diserikan dengan persembahan tausyeh oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara.

Setakat ini, 25 orang peserta telah memperdengarkan hafalan dan menguji pemahaman masing-masing di peringkat akhir ini.

Menurut Pemangku Pengarah Jaba-tan Penjara, Haji Ismail bin Haji Murat, pertandingan merupakan projek tahunan Kementerian Hal Ehwal Uga-ma dikendalikan oleh Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS serta diungkayahkan bersama Jabatan Penjara pada tahun ini.

Menurutnya lagi, penyertaan pada tahun ini amat menggalakkan dan berharap ia dapat menyemai dan memupuk rasa kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan para belia dan kanak-kanak.

Pemenang pertandingan akan diumumkan pada majlis sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negara pada bulan Ramadan kelak.

 

ARTIKEL YANG SAMA