25 sertai bengkel menghalusi bacaan Al-Quran

25 sertai bengkel menghalusi bacaan Al-Quran

TEMBURONG, 3 Feb – Ke arah mempertingkatkan kualiti dan profesionalisme imam-imam di daerah ini, Bengkel Menghalusi Bacaan Doa bagi 25 orang pegawai hal ehwal masjid, imam dan bilal serta marbut telah diadakan di Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar di sini, hari ini.

Para peserta bengkel telah dibahagikan kepada empat kumpulan dengan seorang pembimbing bagi setiap kumpulan. Para pembimbing bengkel terdiri daripada pegawai-pegawai dari Bahagian Bimbingan dan Latihan, Jabatan Hal Ehwal Masjid Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan ketua-ketua zon yang terpilih.

Bengkel yang diungkayahkan oleh Bahagian Bimbingan dan Latihan ini merupakan salah satu latihan berulang yang dilaksanakan bagi menghalusi aqwal wa afwal dalam solat, taranum bil Quran penyampaian khutbah berkesan dan lain-lain lagi. – Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

Kelihatan para peserta bengkel daripada kalangan pegawai hal ehwal masjid,imam dan bilal serta marbut di Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar.
Kelihatan para peserta bengkel daripada kalangan pegawai hal ehwal masjid,imam dan bilal serta marbut di Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar.

pg10_160204_b

ARTIKEL YANG SAMA