25 terbunuh serangan di Raqa

25 terbunuh serangan di Raqa

BEIRUT, 22 Jun (AFP) – Serangan udara ke atas kubu kuat militan IS di Raqa membunuh 25 orang awam, enam daripadanya kanak-kanak, kata kumpulan pemantauan semalam.

“Berpuluh-puluh lagi cedera, sebahagian daripada mereka kritikal,” kata kumpulan pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

Masih tidak dapat disahkan pihak bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

Serangan udara berlaku selepas IS menerima tamparan hebat selepas tentera kerajaan disokong Rusia, mengusir mereka keluar dari wilayah Raqa.

Damsyik kehilangan lebih daripada 40 tentera dan militia dalam serangan balas pada Ahad dan Isnin lalu, kata pemantau yang berpangkalan di Britain.

ARTIKEL YANG SAMA