25 warga Taiwan dihantar pulang

25 warga Taiwan dihantar pulang

PHNOM PENH, 24 Jun (AFP) – Kemboja menghantar pulang 25 warga Taiwan yang dikehendaki atas dakwaan menipu ke China pada hari ini, kata seorang pegawai polis, meskipun menerima tentangan daripada Taipei yang mahu tersangka dipulangkan ke Taiwan.

Taipei menuduh Beijing ‘menculik’ rakyatnya dari negara yang tidak mengiktiraf kerajaan pulau itu – seperti sekutu rapat China Kemboja.

“Kapal terbang China berlepas daripada lapangan terbang Phnom Penh bersama tersangka,” beritahu pegawai imigresen Kemboja Uk Heisela kepada AFP.

Beliau menambah 25 tersangka Taiwan disertai oleh 14 warga China, kesemuanya ditahan baru-baru ini kerana didakwa mengendali satu komplot penipuan telefon yang menyasarkan mangsa di China.

“Polis China datang bersama kapal terbang. Setiap tersangka diiringi oleh dua orang polis China,” tambah beliau.

Kementerian luar Taiwan mengecam tindakan itu pada hari ini dan berkata Kemboja meneruskan dengan penghantaran “meskipun permintaan keras daripada pihak kami.”

ARTIKEL YANG SAMA