250 hadiri perkumpulan ‘Star Wars’

250 hadiri perkumpulan ‘Star Wars’

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Dis – Lebih 250 orang pelanggan Fanboys Infinite yang juga peminat setia filem ‘Star Wars’ telah menyertai perkumpulan ‘Pengalaman Star Wars’ yang diadakan di Time Square Cinema, malam ini.

Hadir pada perkumpulan itu ialah Duta Besar Amerika Syarikat ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Craig Allen yang turut menyaksikan tayangan perdana filem tersebut.

Menurut Pengarah Urusan Fanboys Group, Awang Khairul Anwar, perkumpulan ini adalah bersempena dengan pelancaran episod terbaru ‘Star Wars’ dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan para peminatnya. Mereka juga berpeluang memakai kostum mengikut watak kegemaran dalam filem tersebut.

TYT Craig Allen bergambar ramai bersama watak ‘Star Wars’ ketika menghadiri perkumpulan itu.

ARTIKEL YANG SAMA