250 orang jayakan Perhimpunan Jalinan Luhur Purih Burong Pingai

250 orang jayakan Perhimpunan Jalinan Luhur Purih Burong Pingai

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Dis – Ahli-ahli Jawatankuasa Jalinan Luhur Purih Burong Pingai, hari ini, telah mengadakan Majlis Perhimpunan Jalinan Luhur Purih Burong Pingai yang dihadiri oleh kira-kira 250 orang, terdiri daripada penduduk Kampung Burong Pingai Air, Kampung Burong Pingai Berakas dan rombongan dari Sarawak di samping purih Kampung Burong Pingai yang lain.

Majlis yang diadakan di rumah Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat di Jalan Rambutan, Kampung Burong Pingai Berakas, berkenaan merupakan yang kedua diadakan tahun ini, setelah yang pertama pada Ogos lalu iaitu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Purih Burong Pingai.

Bacaan Doa Selamat oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Haji Mustafa membuka tirai majlis sebelum diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Jalinan Luhur Purih Burong Pingai, Haji Jasni bin Haji Abdul Latif dan pengerusi bagi pihak rombongan dari Sarawak, Abang Salim bin Abang Ali.

Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Haji Mustafa menyambut kedatangan tetamu.
Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Haji Mustafa menyambut kedatangan tetamu.
Haji Jasni (dua kanan) dan Abang Salim (dua kiri) ketika Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Haji Mustafa (kanan sekali).
Haji Jasni (dua kanan) dan Abang Salim (dua kiri) ketika Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Haji Mustafa (kanan sekali).

pg03_151222_e

pg03_151222_f

Rombongan dari Sarawak juga menghadiri perhimpunan tersebut.
Rombongan dari Sarawak juga menghadiri perhimpunan tersebut.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata berupa buku Surah Yasin dan koleh kepada tetamu-tetamu yang hadir sebelum diakhiri dengan menikmati jamuan yang telah disediakan.

Tujuan majlis berkenaan diadakan adalah sebagai pertemuan sanak saudara yang sudah lama tidak berjumpa dan belum pernah berjumpa serta bagi mengeratkan lagi tali silaturahim yang telah sekian lama terjalin di antara purih (penduduk) Burong Pingai.

ARTIKEL YANG SAMA