250 sanak saudara berhimpun

250 sanak saudara berhimpun

Oleh HJ Rahim

 

TUTONG, 3 Ogos –Aidilfitri tahun ini lebih bermakna bagi saudara mara keturunan dan waris Pengarah Abdul Rahman bin Pehin Udana Khatib Muhit yang meraikannya bersama-sama di sebuah hotel di Daerah Tutong baru-baru ini.

Seramai 250 sanak saudara saling kenal mengenali dan bertukar-tukar cerita serta nostalgia dalam majlis itu apatah lagi ia merupakan perhimpunan julung-julung kali diadakan. Warga emas keturunan itu turut menceritakan kepayahan yang dihadapi mereka pada zaman dahulukala sambil menyelitkan kata nasihat kepada generasi lebih muda.

Ia juga turut diceriakan lagi dengan acara cabutan bertuah sambil menikmati juadah Hari Raya yang disediakan.

Perhimpunan diharap menjadi landasan bagi menambahkan lagi keeratan hubungan kekeluargaan dan merancang aktiviti bermanfaat pada masa akan datang.

Perhimpunan keluarga besar dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Perhimpunan keluarga besar dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Antara salah satu aktiviti yang turut memeriahkan perhimpunan keluarga besar tersebut.
Antara salah satu aktiviti yang turut memeriahkan perhimpunan keluarga besar tersebut.
Sanak saudara, keturunan dan waris Pengarah Abdul Rahman bin Pehin Udana Khatib Muhit ketika bergambar ramai di majlis perhimpunan Aidilfitri.
Sanak saudara, keturunan dan waris Pengarah Abdul Rahman bin Pehin Udana Khatib Muhit ketika bergambar ramai di majlis perhimpunan Aidilfitri.

Menurut salasilah keluarga, Pengarah Abdul Rahman bin Pehin Udana Khatib Muhit berasal dari Kampung Sungai Kedayan Brunei dan mula tinggal di Kampung Kuala Birau setelah berkahwin dengan Dayang Siti yang menamakan cahaya mata mereka dengan nama Penyurat Saleh, Yusof Talipudin, Kula dan Rabiah.

Mereka kemudian berpindah ke Kampung Kuala Parit sebelum berhijrah ke Kampung Sungai Kelakas dan terakhir berpindah ke Kampung Tanah Buruk.

Beliau merupakan penduduk awal yang menetap di Kampung Tanah Buruk dengan melakukan pelbagai pekerjaan seperti nelayan, bertanam padi, dan menternak lembu.

ARTIKEL YANG SAMA