2,500 orang dihiburkan dalam sambutan Hari Raya

2,500 orang dihiburkan dalam sambutan Hari Raya

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – DST telah meneruskan lagi acara Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama orang-orang berkeperluan khas di bawah inisiatif Ihsan Kasihnya, kali ini Daerah Brunei dan Muara merupakan destinasi terakhir, yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

Seramai 2,500 orang dijemput ke majlis berkenaan, dengan 1,200 daripadanya terdiri daripada orang-orang berkeperluan khas dari daerah ini yang berdaftar di bawah Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan), Pusat Bahagia, Learning Ladders Society, SMARTER Brunei, Pusat Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA) dan Unit Pendidikan Khas di bawah Kementerian Pendidikan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Pegawai Eksekutif DST, Haji Suhaimi bin Haji Hussain.

Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Dayang Rostinah binti POKSSP DP Haji Mohd Tahir; Pengarah Urusan KACA, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman; Pemegang Amanah Dasar dan Perancangan Pusat Ehsan, Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman; Presiden SMARTER Brunei, Malai Haji Abdullah bin Haji Malai Othman; Presiden Learning Ladders Society, Dr. Sharina binti Haji Yunus dan Pemangku Ketua Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Gapor.

Tetamu kehormat majlis bersama para jemputan lainnya semasa menyaksikan persembahan daripada warga Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.
Tetamu kehormat majlis bersama para jemputan lainnya semasa menyaksikan persembahan daripada warga Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.
Persembahan tarian daripada pelajar-pelajar Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam memeriahkan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Persembahan tarian daripada pelajar-pelajar Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam memeriahkan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Para jemputan dihiburkan dengan persembahan tarian dan nyanyian Hari Raya.
Para jemputan dihiburkan dengan persembahan tarian dan nyanyian Hari Raya.

Pengurus Kumpulan Korporat DST, Awang Elixsurian bin Haji Busu berkata, sebagai sebuah syarikat, mereka sangat menyokong dalam menyumbangkan bantuan kepada individu berkeperluan khas.

Sebelum ini, sambutan Hari Raya Ihsan Kasih turut disambut bersama individu berkeperluan khas di Temburong, Tutong dan Belait, yang mana sambutan berakhir di Daerah Brunei dan Muara bagi sama-sama memeriahkan penghujung Syawal.

Dalam pada itu, tambah beliau, mereka juga telah menjalankan projek sumbangan bersama Unit Pendidikan Khas dan SMARTER Brunei.

Acara kemuncak majlis berkenaan adalah, persembahan istimewa oleh kanak-kanak dari pelbagai pusat.

Majlis juga dihiburkan dengan penampilan maskot-maskot yang mana para jemputan terutama kanak-kanak dapat bergambar dengan mereka.

Aktiviti diakhiri dengan penyampaian sampul hijau oleh ahli-ahli kanan DST kepada para penerima dengan diiringi oleh ibu bapa dan penjaga masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA